Sunday, September 26, 2010

Salah sangka

Dah lama Nena tak menulis, ya! Ada sesuatu yang berlaku yang menyebabkan Nena nak mengadu di sini.

Nena telah berasa tersangatlah gembira menerima seorang cucu lelaki yang tampan bergelar AYSER RHYSQ PUTRA MOHAMD REDHZA. Tetapi kegembiraan ini telah bertukar menjadi gunda apabila:

Termaktub peraturan-peraturan yang jarang berlaku di kalangan orang Melayu. Peraturan-peraturan inilah yang menyebabkan  kerenggangan perhubungan persaudaraan.

1) Permintaan pertama : jangan beritahu sesiapa (termasuk adik beradik) sebab ibu yang brsalin perlu rehat.
    Akibatnya: Mereka yang terlibat terasa telah diketepikan. (Mereka begitu teruja  menanti kedatangan orang baharu tetapi telah dilarang ....... Mungkin si ibubapa ada sebab-sebab yang tertentu tetapi bila tidak dilhirkan, timbullah perassan kecil hati dan rosak perhubungan antara saudara.

2) Masalah teknikal telefon juga menjadi perosak hubungan. Panggilan bertalu-talu yang dibuat tidak dapat sambutan. Mesej-mesej yang dihantar juga tidak terbalas. Mengapa?? Macam-macam syak wasangka tercetus di benak. Setelah tangisan sepi di hati, barulah ketahui yang panggilan itu tidak diterima, salah nombor. Yang lebih memilukan lagi, bila Nena dituduh zalim memfitnah. Lebih sedih  lagi bila ucapan itu dibuat oleh seorang anak yang disayangi dan ditatangi seperti mengangkat minyak yang penuh. Tiada berbudi bahasa.. sanggup biadab dengan manusia yang mengandunginya. Rasanya tidak mahu bertemu dan bersapa dengannya.

3) Kini, Nena ingin bersendirian.. ingin mengubat hati yang terluka. Masa yang menentukan..... bila agaknya hati ini akan terubat.....